Tentangan
Rundingan
-Ditentang orang dagang & melayu radikal
-Tiada perwakilan orang dagang
-Menuntut sebuah republik & kemerdekaan
-Menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA & AMCJA)
-Mengadakan ceramah, demonstrasi & mogok
-Mencadangkan Perlembagaan rakyat
Perlembagaan
Rakyat
-Singapura disatukan dengan TM
-Pembentukan kerajaan pusat
-Kedudukan istimewa Melayu dikembalikan
-Kuasa raja dipulihkan
-Adat istiadat & agama Islam dikawal Melayu
-Merah & putih warna bendera
-Bahasa Melayu bahasa kebangsaan
-Warganegara TM dinamai Melayu
Ciri-ciri Perjanjian
PTM 1948
-Ditandatangani antara raja Melayu & British di
King’s House
-Ditubuhkan secara rasmi pada 1 Feb 1948
-Gabungan 11 negeri
-Diketuai Pesuruhjaya Tinggi British (PTB)
-PTB menjaga kedudukan istimewa Melayu
-Senarai Persekutuan & negeri dibentuk
-Syarat kerakyatan diketatkan
-Institusi & kuasa raja Melayu dikekalkan
Pergerakan Politik
Sarawak
-Keluarga Brooke menyerahkan kuasa kepada British
-Vyner Brooke tua & uzur
-Anthony Brooke tidak berwibawa
-Pemimpin kaum membantah penyerahan
-Bercanggah dengan Perlembagaan 1941
-Keputusan dibuat tanpa perundingan dengan pemimpin
tempatan
-Sarawak diserahkan dengan sokongan bukan bumiputera
Tindakan Penentangan
-Penentangan terbuka oleh persatuan seperti Barisan
Pemuda Sarawak
-Kaum ibu berdemonstrasi & hantar surat bantahan
-338 kakitangan awam meletak jawatan
-Pakatan Sulit membentuk Rukun 13
-Rosli Dhobi menikam Gabenor Sarawak iaitu Sir Duncan
Stewart
-Rosli & rakan dihukum gantung
BAB 5: PEMBINAAN
NEGARA BANGSA YANG MERDEKA
Sistem Ahli (SA)
-Melatih penduduk tempatan mentadbir
-Idea Dato’ Onn Jaafar berbincang Sir Henry Gurney
-Dasar dekolonisasi (membebaskan tanah jajahan)
-Mengurangkan tekanan PKM
-Dipersetujui oleh Majlis Raja-raja Melayu
-Menjemput wakil pelbagai kaum
Ciri-ciri SA
-Dilaksanakan 1951-1955
-Sistem cabinet bayangan
-Anggota dikenali sebagai Ahli Hal Ehwal Luar Negeri
-Perlantikan Ahli oleh PJTB & MRR
-Sembilan anggota (3 Melayu, 1 Cina, 1 India & 4
British)
Tanggungjawab
Anggota SA
-Bertanggungjawab terhadap 1 portfolio (beberapa jabatan)
-Menguruskan pentadbiran harian jabatan
-Mencadangkan undang-undang
-Berbincang dengan pegawai British bagi mendapatkan persetujuan
-PJTB memberi arahan/persetujuan
Kepentingan SA
-Melatih orang tempatan memerintah sendiri
-Membentuk perpaduan kaum
-Gabungan pelbagai pemimpin kaum
-Menentukan kemerdekaan negara
-Pendedahan menerajui kerajaan
Senarai Keanggotaan
-Dato’ Onn Jaafar: Ahli Dalam Negeri
-O.A.Spencer: Ahli Ekonomi
-Dr. Lee Tiang Keng: Ahli Kesihatan
-Dato’ E.E.C Thuraisingam: Ahli Pelajaran
Pakatan Murni (PM)
-Usaha kerjasama & tolak ansur politik melalui
rundingan
-Semua kaum mempunyai tuntutan tersendiri
-Jalan penyelesaian menyatu padukan kaum
Usaha mengadakan
PM
-Penubuhan JK Antara Kaum di Pulau Pinang
-Melayu diketuai Dato’ Onn Jaafar (DOJ)
-Cina diketuai Tan Cheng Lock
-Titik permulaan kerjasama kaum
-Perpaduan asas kemerdekaan
-Penubuhan RIDA bagi majukan ekonomi luar bandar
-DOJ mencadangkan pembukaan ahli UMNO kepada bukan Melayu
-Menubuhkan IMP tetapi gagal mendapat sambutan
-Persidangan kebangsaan di King’s House bagi kerjasama
politik
-TAR menganjurkan konvensyen kebangsaan
-Mengasaskan pembentukan parti perikatan
Kejayaan Parti
Perikatan
-Perikatan UMNO-MCA menang pilihanraya perbandaran
-Perikatan menang pilihanraya negeri
-MIC menyertai parti perikatan UMNO-MCA
-Mencapai kemerdekaan dalam masa 4 tahun
-Mewajibkan pendidikan
-Menjaga hak asasi manusia & hak raja Melayu
-TAR menjadi ketua menteri
-Mengetuai rundingan kemerdekaan ke London 1956
-British bersetuju memerdekakan PTM 31 Ogos 1957
-Perisytiharan tarikh merdeka di Bandar Hilir Melaka
Suruhanjaya Reid
-Suruhanjaya Reid dibentuk bagi menyusun Perlembagaan
-Diketuai Lord Reid
-Pembentukan kerajaan persekutuan yang kuat
-Kedudukan raja-raja Melayu
-Hak istimewa Melayu
-Kerakyatan Jus Soli diterima dengan syarat
-Orang bukan melayu mengiktiraf kedudukan istimewa Melayu
-Melindungi Melayu dalam pendidikan & perniagaan
-Islam agama rasmi
-Bahasa Melayu bahasa kebangsaan
Isi-isi penting
Perjanjian PTM 1957
-Pembentukan kerajaan persekutuan
-Pemisahan kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri
-Raja berperlembagaan & YDPA ketua negara
-Tiga jenis kerakyatan diwujudkan
-Kedudukan istimewa Melayu dikekalkan
-Agama Islam agama rasmi
-Bahasa Melayu bahasa kebangsaan
-Pentadbiran demokrasi berparlimen
-Pembentukan Dewan Negara & Dewan Rakyat
Kepentingan
Perjanjian PTM 1957
-Pembentukan kerajaan demokrasi & raja
berperlembagaan
-Wujudkan perpaduan kaum
-Keharmonian dicapai tanpa pertumpahan darah
-Perbezaan kaum, bahasa & agama diketepikan
-Pentadbiran hak mutlak rakyat tempatan
-Melahirkan identiti masyarakat merdeka
Peranan tokoh
kemerdekaan
-TAR: Presiden UMNO & Perdana Menteri
-TA Razak: Timbalan UMNO & Timbalan PM
-THS Lee: Tokoh MCA
-TVT Sambanthan: Presiden MIC
BAB 6: PENGUKUHAN
NEGARA BANGSA MALAYSIA
Tokoh &
Cadangan Pembentukan Malaysia
-Lord Brassey: Gabung Sabah, Sarawak, NNM & NS
-Sir Malcom MacDonald: Gabung Sabah, Sarawak, Singapura,
Brunei & PTM
-Dato’ Onn Jaafar: PTM merdeka dinamai Malaysia
-Lee Kuan Yew: Gabung Singapura & PTM sahaja
-Tunku Abdul Rahman: Mengukuhkan politik
Faktor Pembentukan
Malaysia
Politik
-PTM berpengalaman & benteng menghadapi ancaman
komunis
-Mempercepatkan kemerdekaan & Proses dekolonisasi
-PBB menganjurkan pembebasan tanah jajahan
-Menjamin kestabilan politik
Ekonomi
-Pasaran luas & memanfaatkan sumber ekonomi
-TM (bijih timah), Sarawak (balak) & Brunei (minyak)
Sosial
-Menyeimbangkan kadar pertumbuhan kaum
-Semangat setia kawan & kesepakatan
Sebab Lee Kuan Yew
Menggabungkan PTM & Singapura
-Barisan Sosialis menang pilihanraya
-Mengatasi ancaman komunis
-Mempercepatkan kemerdekaan Singapura
Reaksi terhadap
pembentukan Malaysia
Dalam negeri
-PAS & Barisan Sosialis minta perundingan dengan
rakyat
-LKY bersetuju untuk mempertahankan kedudukannya
-Barisan Sosialis menganggap bentuk penjajahan baru
-Rakyat Singapura bersetuju bergabung
-Brunei setuju bergabung pada peringkat awal
-Sabah & Sarawak pada peringkat awal menolak
-Tiada keyakinan mentadbir sendiri
-Parti perikatan Sabah sokong pembentukan Malaysia
Tuntutan Sabah
& Sarawak
-Melindungi kepentingan penduduk Sabah & Sarawak
-Menuntut hak wilayah asingan
-Ketua negeri, bahasa, agama Islam, kerakyatan,
pelajaran, imigresen & kewangan
Reaksi luar negeri
Indonesia
-Membantah kerana menganggap penjajahan baru
-Mengisytiharkan konfrontasi & Ganyang Malaysia
-Serang kapal nelayan & menceroboh ruang udara
-Memburukkan nama Malaysia
Tindakan Malaysia
-Mendapatkan bantuan tentera Komanwel
-TAR menghantar surat bantahan rasmi ke PBB
-TA Razak ke Afrika menjelaskan kedudukan sebenar
-Mengadakan rundingan dengan Indonesia & Filipian
(MAPHILINDO)
Filipina
-Menuntut hak ke atas Sabah
-Mendakwa Sabah milik kesultanan Sulu
-Filipina iktiraf Malaysia 1966
Langkah-langkah Pembentukan
Malaysia
-TAR melawat Sabah, Sarawak & Brunei
-Bertujuan menerangkan tujuan pembentukan
-Menubuhkan JK Perundingan Perpaduan Kaum
-Bertujuanmenerangkan gagasan Malaysia
-Mengumpulkan pandangan penduduk
-Menubuhkan Suruhanjaya Cobbold
-Bertujuan meninjau pendapat Sabah & Sarawak
-Mencadangkan bahasa Melayu bahasa rasmi
-Menjamin hak bumiputera & Pemberian nama Malaysia
-Penubuhan JK Antara Kerajaan
-Membincangkan hak & kepentingan Sabah & Sarawak
-Majoriti Sabah & Sarawak bersetuju
Perjanjian
Malaysia 1963
-Ditandatangani di London 1963
-Ratu Elizabeth III memperkenankan Akta Malaysia
-YDPA memperkenankan Akta Malaysia
-16 Sept. 1963 Malaysia ditubuhkan
-Menggabungkan PTM, Singapura, Sabah & Sarawak
Intipati
Perjanjian Malaysia 1963
-Hal ehwal luar tanggungjawab Malaysia
-Agama Islam agama persekutuan kecuali Sabah &
Sarawak
-Bahasa Melayu bahasa kebangsaan
-Bahasa Inggeris bahasa rasmi Sabah & Sarawak
-Sabah & Sarawak mengawal hal ehwal imigresen
-Rakyat Sabah & Sarawak sama taraf dengan rakyat PTM
BAB 7: SISTEM
PEMERINTAHAN MALAYSIA
Ciri-ciri
Demokrasi Berparlimen
-Rakyat terlibat dalam pemerintahan negara
-Rakyat membentuk kerajaan
-Rakyat memilih perwakilan melalui pilihanraya
-Raja pemerintah tertinggi
-Kuasa pemerintah (badan Perundangan, Kehakiman &
Pelaksana)
-Perdana Menteri ketua kerajaan
-Parlimen menggubal undang-undang negara
-Menjamin kebebasan asasi rakyat
Perlembagaan
-Undang-undang tertinggi
-Dokumen rasmi
-Panduan pentadbiran
-Menentukan hala tuju negara
-Menjamin perlindungan kepada rakyat
Kandungan
Perlembagaan
-Senarai Persekutuan, Negeri & Senarai Bersama
-Institusi YDPA, Jemaah Menteri & Badan Kehakiman
Keluhuran
Perlembagaan
-Keagungan & ketertinggian undang-undang
-Mengatasi kuasa YDPA
-Undang-undang yang bercanggah terbatal
-Undang-undang negeri yang bercanggah juga terbatal
-Mahkamah berkuasa membatalkan undang-undang
-Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan undang-undang
-YDPA tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia
-Menjamin hak asasi rakyat
Kepentingan
Perlembagaan
-Menjamin kestabilan negara
-Menjamin kecekapan & keadilan pentadbiran
-Panduan & rujukan pemerintahan
-Menjamin taat setia rakyat kepada negara
-Menjamin hak asasi & kebebsan rakyat
-Menjamin kerjasama & kepentingan bersama
-Menjamin kedudukan istimewa Melayu
Perkara yang tidak
boleh dipinda
-Raja sebagai ketua negara
-Islam agama rasmi
-Bahasa Melayu bahasa kebangsaan
Pindaan
Perlembagaan
-Melindungi kepentingan rakyat
-Menjaga keselamatan negara
-Melicinkan urusan pentadbiran
-Menjadikan perlembagaan undang-undang munasabah
-Melarang perkara sensitif dipersoalkan
-Meluluskan Akta Hasutan
-Memeliharan keharmonian rakyat berbilang kaum
Cara & Perkara
Pindaan Perlembagaan
Kaedah Pertama
-Persetujuan majoriti suara 2/3 Dewan Parlimen & MRR
-Tugas & kuasa MRR
-Kewarganegaraan
-Kedudukan istimewa Melayu & bumiputera Sabah &
Sarawak
-Perubahan sempadan negeri
Kaedah Kedua
-Persetujuan majoriti suara 2/3 Dewan Parlimen
-Kelulusan Yang Dipertua Sabah & Sarawak
-Keanggotaan & bidang kuasa mahkamah tinggi
-Kuasa negeri, agama, hak istimewa bumiputera &
bahasa
Kaedah Ketiga
-Persetujuan lebih suara 2/3 Dewan Parlimen
-Perkara yang tidak disebut dalam mana-mana kaedah
pindaan
Kaedah Keempat
-Persetujuan lebih suara 2/3 Dewan Parlimen
-Kewarganegaraan, ikrar & persaraan ahli Dewan Negara
-Persempadanan semula kawasan pilihanraya
Yang Dipertuan
Agong (YDPA)
-Jawatan diwujudkan sejak 1957
-Ketua negara
-Simbol perpaduan rakyat
-Bertindak berdasarkan nasihat Perdana Menteri
-Perkara tertentu berdasarkan budi bicara
-Dipilih daripada 9 buah negeri
-Pemilihan melalui MRR
Bidang kuasa YDPA
-Ketua Badan Perundangan, Pelaksana & Kehakiman
-Berkuasa memanggil & membubarkan Parlimen
-Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata
-Berkuasa mengampun & menangguhkan hukuman
-Memelihara kedudukan istimewa Melayu
-Ketua agama Islam
-Melantik Perdana Menteri
-Mengisytiharkan undang-undang darurat (Undang-undang X)
-Melantik peguam negara & Ketua Audit negara
-Mentauliah duta negara
Parlimen
-Badan Perundangan
-Menggubal undang-undang
-Terdiri daripada YDPA, Dewan Negara & Dewan Rakyat
Dewan Negara
-Dewan Tertinggi
-Mengandungi 69 ahli
-Ahli bukan daripada ADUN
-Ahli dipanggil senator
-Memegang jawatan selama 3 tahun
-Berumur 30 tahun ke atas
-Sama taraf dengan ahli Parlimen
-Boleh dilantik menjadi Jemaah Menteri
Dewan Rakyat
-Dipilih rakyat melalui pilihanraya umum
-219 ahli mewakili kawasan pilihanraya
-Tempoh jawatan 5 tahun
-Menggubal & meluluskan undang-undang
-Undang-undang diluluskan Parlimen dinamai Akta.
Proses meluluskan
undang-undang di Parlimen
-Dicadangkan kementerian terlibat
-Penggubalan rang undang-undang oleh Peguam Negara
-Bacaan pertama: baca tajuk
-Bacaan kedua: dibahaskan di DR & perbincangan
terperinci di DN
-Bacaan ketiga: dibahaskan di DR sebelum dikemukakan di
DN
-Perbentangan di DN melalui proses yang sama seperti di
DR
-DN menyerahkan kepada YDPA
-Pewartaan undang-undang dalam warta kerajaan
Tugas Jemaah
Menteri
-Membuat dasar tertinggi negara
-Menggubal dasar kerajaan
-Perdana Menteri ketua Jemaah Menteri
Kementerian
sebagai Badan Pelaksana
-PM mengetuai beberapa kementerian
-Kementerian menggubal dasar kerajaan
-Merancang program pembangunan ekonomi
-Menteri ketua kementerian
-Menteri Tak Berfolio diberikan tugas-tugas khas
Sistem
Perkhidmatan Awam di Malaysia
-Diketuai Ketua Setiausaha Negara (KSN)
-Mengawasi perjalanan kementerian
-Pentadbiran kementerian diketuai S/U kementerian
-Dibantu kakitangan kerajaan
-Kakitangan awam melaksanakan dasar kerajaan
-Jabatan kerajaan diketuai Ketua Jabatan
-Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan sendiri
-Ditadbir oleh Lembaga Pengarah
-Suruhanjaya ditubuhkan untuk mengendalikan urusan
perlantikan
-Mengendalikan kenaikan pangkat
-Memantau disiplin kakitangan awam
Fungsi Badan
Kehakiman
-Mahkamah diwujudkan oleh Perlembagaan
-Mempunyai kuasa mendengar & menentukan perkara
sivil/jenayah
-Menentukan kesahihan undang-undang
-Mengisytiharkan sah/tidak sah tindakan kerajaan
-Mahkamah tidak boleh
meminda undang-undang
Pilihanraya
-Proses memilih wakil rakyat
-Memerintah di peringkat negeri/negara
-Bertujuan membentuk kerajaan
-Memilih ahli Dewan Rakyat & Dewan Undangan Negeri (DUN)
-Pihak yang terlibat: Suruhanjaya Pilihanraya, calon
& pengundi
Sistem Pilihanraya
di Malaysia
-Dijalankan oleh Suruhanjaya Plihanraya (SPR)
-Memilih wakil rakyat negeri/persekutuan
-Pemilihan sulit menggunakan prosedur telus
-Pengiraan undi dibuat secara terbuka
-Calon mendapat undi terbanyak dikira pemenang
-Merupakan ciri terpenting demokrasi berparlimen
-SPR menentukan sempadan pilihanray
-Pilihanraya diadakan 5 tahun sekali
-Calon bertanding dibenarkan berkempen
-Tempoh berkempen 7-15 hari
Tugas Suruhanjaya
Pilihanraya (SPR)
-Menjamin pilihanraya adil & bebas tekanan
-Menentukan sempadan pilihanraya
-Menjalankan pendaftaran pemilih
-Mengendalikan pilihanraya umum/kecil
Proses pilihanraya
Malaysia
-Pembubaran Parlimen oleh YDPA
-Penetapan tarikh penamaan calon & pengundian
-Penamaan calon bertanding
-Penyediaan manifesto parti bertanding
-Pelancaran kempen
-Pengumuman tempat pengundian
-Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti
-Pembuangan undi dengan memangkah calon pilihan
-Pengiraan undi
-Pengumuman keputusan
Syarat Calon
-Warganegara Malaysia& Umur 21 tahun
-Bermastautin di Malaysia
-Berakal & Bukan mulis
-Tidak memagang jawatan penjawat awam
-Tidak disabitkan kesalahan mahkamah
-Bertanding atas nama parti/bebas
-Mengemukakan kertas penamaan calon
Syarat Pengundi
-Mendaftar dalam Senarai Daftar Pemilih
-Warganegara Malaysia & Umur 21 tahun
-Bermastautin & tidak bermastautin
-Tinggal di mana-mana kawasan pilihanraya
-Mengundi dalam sebuah kawasan sahaja
-Boleh mengundi melalui pos (bertugas di luar negara)
Kerajaan
Persekutuan
-Gabungan beberapa negeri & persekutuan
-Senarai persekutuan: bidang kuasa persekutuan
(Pertahanan)
-Senarai negeri: bidang kuasa negeri (Hari cuti negeri)
-Senarai bersama: bidang kuasa pusat dan negeri
(Biasiswa)
Sistem
Pemerintahan Kerajaan Persekutuan
-Perlembagaan memperuntukan kerajaan persekutuan
mentadbir negara
-Meliputi aspek ekonomi, sosial & pendidikan
-Badan pelaksana menjalankan kuasa eksekutif
-Kabinet menjalankan kuasa eksekutif
-Kabinet diketuai Perdana Menteri
Sistem
Pemerintahan Kerajaan Negeri
-Sultan memegang kuasa eksekutif
-Menteri Besar dilantik raja/YD Negeri
-Pentadbiran dijalankan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan
(Malaysia)
-Majlis Tertinggi di Sarawak
-Kabinet di Sabah
Lambang negara
Jata Negara
-Lima keris bermaksud NNMTB
-Pokok Pinang
bermaksud Pulau Pinang
-Bulan sabit bermaksud Islam agama rasmi
-Pokok Melaka bermaksud negeri Melaka
-Bunga raya bermaksud bunga kebangsaan
-Dua harimau bermaksud keberanian
-Cogankata ‘Bersekutu bertambah mutu’ bermakksud
perpaduan
Bendera
-Warna merah bermaksud keberanian
-Putih bermaksud kesucian
-14 jalur bermaksud 14 buah negeri
-Bulan sabit bermaksud Islam agama rasmi
-Warna kuning bermaksud kedaulatan raja
-Warna biru bermaksud perpaduan
Lagu Kebangsaan
-Dikenali sebagai Lagu Negaraku 1957
-Lirik digubah oleh En. Saiful Bahari (Terang Bulan)
-Menuntut kita bersyukur & berkorban
-Menggambarkan kesetiaan rakyat
-Membangkitkan semangat patriotic
BAB 8: PEMBANGUNAN
DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN
Tahap Pertama
Rancangan Malaya
Pertama
-Membangunkan luar bandar
-Merapatkan jurang perbezaan luar bandar dengan bandar
-Mengurangkan kemiskinan
-Mempelbagaikan ekonomi
-Menambahkan pendapatan negara
Usaha pembangunan
luar bandar
-Pembukaan tanah baru
-Penanaman semula getah
-Mempelbagaikan hasil pertanian
-Memperluaskan perlombongan timah
-Meningkatkan kesihatan, pendidikan & perhubungan
-Membina balai polis, kem tenera & mahkamah
Agensi Pembangunan
RIDA
-Membangunkan masyarakat luar Bandar
-Pinjaman kepada penguaha kecil
-Membantu pemasaran pertanian
-Menggalakkan Melayu berniaga
FELDA
-Meningkatan taraf hidup luar Bandar
-Meningkatkan hasil pertanian
-Membuka tanah baru
-Membuka petempatan baru & kemudahan asas
-menumpukan tanaman getah & kelapa sawit
Rancangan Malaya
Kedua
-Membangunkan luar bandar
-Merapatkan jurang pendapatan
-Mengurangkan kemiskinan
-Meningkatkan taraf hidup
-Meningkatkan hasil pertanian negara
FAMA
-Mengatasi masalah pemasaran
-Meningkatkan pendapatan petani
-Penyediaan infrastruktur sosial (kesihatan &
perumahan)
-Menyediakan peluang pekerjaan
-Menyediakan buku merah (program, pelaksanaan &
kaedah)
Rancangan Malaysia
Pertama
-Menumpukan integrasi nasional
-Memfokuskan kesejahteraan rakyat
-Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
Langkah-langkah Pembangunan
-Pembukaan tanah FELDA
-Menubuhkan FELCRA membantu FELDA
-Menggantikan RIDA dengan MARA
-PERNAS menggalakkan sektor perdagangan
-Bank Bumiputera menggalakkan sektor perindustrian
-MARDI menjalankan penyelidikan & teknologi
-MIDA membangunkan perindustrian
Tahap Kedua
Rancangan Malaysia
Kedua
-Menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial
-Membasmi kemiskinan
-Menyediakan peluang pekerjaan
-Menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi
-Meneruskan pembangunan luar bandar
Agensi Pembangunan
-LPN: menstabilkan harga padi
-LKIM: Meningkatkan taraf hidup nelayan
-UDA: Membangunkan kawasan Bandar
-RISDA: Penanaman semula getah
-PETRONAS: memajukan perindustrian petroleum
Dasar Ekonomi Baru
(DEB)
-KEJORA, KETENGAH, DARA & KESEDAR: Pembukaan tanah
-PNB: Mengimbangi pemilikan harta bumiputera & bukan
bumiputera
-DPN: Memodenkan sektor pertanian
-Bank Pertanian Malasyia: kemudahan kredit & pinjaman
Pencapaian
matlamat DEB
-Merapatkan jurang kaum
-Menurunkan kadar kemiskinan
-Meningkatkan pendapatan
-Meningkatkan saham bumiputera
-Mengurangkan hak milik saham orang asing
Rancangan Malaysia
Keempat & Kelima
-Tumpuan industri berat berasaskan pelaburan modal
-Penggunaan teknologi & tenaga mahir
-Menubuhkan HICOM
-Membuka perusahaan baru di Skudai
-Kawasan zon perdagangan bebas di Pulau Pinang
-Menyediakan pelan induk perindustrian
-Syarat pelaburan modal asing dilonggarkan
-Bekerjasama dengan sector swasta
Dasar Pembangunan
Ekonomi
Matlamat Dasar
Pertanian Negara (DPN)
-Memaksimumkan pendapatan sector pertanian
-Kecekapan menguruskan sumber ekonomi negara
-Memaksimumkan pendapatan pekebun kecil
-Memajukan komoditi utama untuk eksport
Strategi Mencapai
DPN
-Menggalakkan pembukaan tanah baru
-Memperkenalkan program insitu
-Menyediakan perkhidmatan sokongan pertanian
-Melibatkan swasta dalam pertanian
Matlamat Dasar
Pensyarikatan Malaysia
-Melibatkan swasta dalam pembangunan negara
-Malaysia dianggap syarikat milik bersama
-Kakitangan kerajaan & swasta bersama-sama
memajukannya
-Menjalin hubungan dan berkongsi kepakaran
Dasar Pengswastaan
-Mengurangkan beban kewangan kerajaan
-Kerajaan boleh menumpukan pembangunan yang lain
-Meningkatkan produktiviti
-Perkhidmatan swasta lebih cekap berbanding kerajaan
-Mempercepatkan pembangunan ekonomi
Dasar Hala Tuju
Cara Baru
-Meningkatkan pendapatan petani
-Mengelompokkan kampung menjapi petempatan lebih besar
-Menyediakan kemudahan
-Mengadakan program usahawan desa
-Meningkatkan pendapatan luar bandar
Dasar Peningkatan
Daya Pengeluaran Negara
-Mencapai pertumbuhan ekonpmi berterusan
-Memaksimumkan penggunaan sumber tenaga
-Mengelakkan pembaziran
-Menggalakkan persaingan perindustrian antarabangsa
-Memperbaiki sistem pengurusan operasi
-Penggunaan teknologi
-Penerapan etika & nilai murni
Dasar kependudukan
negara
-Mencapai sasaran 70 juta penduduk pada 2100
-Menjamin bekalan sumber tenaga
-Peningkatan produktiviti
-Perluasan pasaran
-Menjamin kekuatan politik & keselamatan negara
Pembangunan dan
Perpaduan bangsa
Rukun Negara
-Kesan peristiwa 13 Mei 1969
-Rusuhan kaum mengancam keselamatan negara
-Mengukuhkan perpaduan
-Memelihara corak hidup demokratik
-Membina masyarakat adil & progresif
-Menggunakan sains dan teknologi
Prinsip & Kepentingan
Rukun Negara
-Kepercayaan kepada Tuhan: agama pegangan utama rakyat
-Kesetiaan kepada raja dan negara: member taat setia
kepada raja & negara
-Keluhuran Perlembagaan:
menerima Perlembagaan undang-undang tertinggi
-Kedaulatan undang-undang: Menghormati undang-undang
-Kesopanan dan kesusilaan: Bersopan dan bertata susila
& saling menghormati
Dasar dan Falsafah
Pendidikan
Langkah-langkah
Pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan
-Laporan Barnes: Gantikan sekolah vernekular dengan
sekolah kebangsaan
-Laporan Fenn-Wu: Kekalkan sekolah vernekular Cina
-Ordinan pelajaran 1952: BM & BI sebagai bahasa
pengantar
-Penyata Razak: Penyeragaman kurikulum & BM bahasa
pengantar
-Akta Pelajaran 1961: dikenali sebagai Laporan Rahman
Talib & memupuk perpaduan kaum
-Kajian Aminuddin Baki: menyediakan pelajaran sehingga
umur 15 tahun
-JK Kabinet 1974: Melahirkan sumber tenaga, berdisiplin,
bersatu & terlatih
-Falsafah Pendidikan Negara: memperkembangkan potensi
secara menyeluruh, seimbang & harmonis.
Akta Bahasa Kebangsaan
-Memartabatkan BM
-Penubuhan DBP 1956
-Pelancaran Bulan Bahasa
-Slogan Bahasa Jiwa Bangsa
-Akta Bahasa Kebnagsaan 1967
-Bahasa pengantar di sekolah
-BM digunakan di mahkamah
-Penubuhan UKM
Dasar Kebudayaan
Kebangsaan (DKK)
-Membentuk & mengekalkan identiti negara
-Mengukuhkan perpaduan
-Memelihara keperibadian kebangsaan
-Mempertingkatkan kualiti kehidupan
Sukan untuk
Perpaduan
-Penyertaan sukan tanpa mengira ideology
-Merupakan aktiviti kokurikulum
-Bersukan berdasarkan minat
-Mengadakan SUKMA dua tahun sekali
Wawasan 2020
-Menjadi negara maju menjelang 2020
-Maju berdasarkan acuan sendiri
-Setanding negara maju dunia
-Mencapai kemajuan bersepadu
-Kemajuan fizikal & spiritual
Sembilan Cabaran
W2020
-Bersatu padu: perpaduan asas kekuatan negara
-Berjiwa bebas & tenteram: berkeyakinan & bangga
pencapaian negara
-Demokratik & matang: menggunakan hak demokrasi
-Bermoral & beretika: Patuh kepada ajaran agama
-Matang & liberal: berfikiran matang & rasional
-Maju & sainstifik: Menguasai sains & teknologi
-Penyayang: Bermuafakat & saling membantu
-Adil ekonomi: menjamin keadilan ekonomi & taraf
hidup
-Makmur: Hidup mewah & berpendapatan tinggi
BAB 9: MALAYSIA
DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
Faktor Perang
Dunia I
-Nasionalisme menyatukan kerajaan kecil di Eropah
-Kuasa besar berperang membuktikan kekuasaan
-Mendapatkan bahan mentah & Mencari pasaran baru
-Perikatan Kuasa Tengah: Austria-Hunggary, Jerman &
Turki
-Pakatan Bertiga: Britain, Perancis & Rusia
Peristiwa Pencetus
PDI
-Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand & permaisuri
-Pewaris takhta Austria-Hunggary
-Austria isytihar perang ke atas Serbia disokong Jerman
-Serbia disokong Perancis & Rusia
-Jerman serang Perancis melalui Belgium (Britain)
-Britain campurtangan & minta bantuan USA
-Jerman serang kapal dagang USA
Kesan PDI
-Menamatkan pemerintahan beraja di Eropah
-Termenterinya perjanjian Versailles
-Mengubah peta dunia & membentuk negara baru
-Menjamin keamanan & kerjasama antarabangsa
-Inflasi & hutang peperangan yang tinggi
-Pasaran dunia diambil alih oleh Jepun
-Kehilangan nyawa & harta benda
-Britain hilang 1/3 perdagangan luar
Faktor Perang
Dunia II
-Perubahan politik Jerman & Jepun
-Kemelesetan ekonomi dunia
-Jerman hilang tanah jajahan
-Jerman terpaksa membayar pampas an perang yang tinggi
-Jerman tidak berupaya membayar hutang perang
-Hitler ingkar perjanjian Versailles
-Itali menceroboh Perancis
-Jepun muncul kuasa penjajah besar
Peristiwa PDII
-Meletus apabila Jerman serang Polland
-Britain & Perancis isytihar perang ke atas Jerman
-Jepun serang mengejut Pearl Harbour
-Jepun menduduki TM & Singapura
-Masalah di Eropah selesai apabila Jerman kalah
-Kuasa Bersekutu memerangi Jepun
-Bom atom digugurkan di Hiroshima & Nagasaki
Kesan PDII
-Eropah berpecah belah
-Meruntuhkan sistem imperialisme
-USA memerdekakan Filipina
-Belanda memerdekakan Indonesia
-Britain memerdekakan India & TM
-Tercetusnya Perang Dingin
-Jerman terbahagi dua (barat & timur)
-Korban nyawa yang tinggi
-Timbul kesedaran membentuk keamanan dunia
Kemunculan Blok
Dunia & Perang Dingin
Maksud
-Blok dunia: negara sehaluan, bersatu padu &
berasaskan geopolitik
-Perang Dingin: berlaku sejak PDII tamat
Sebab Perang
Dingin
-Perbezaan politik & ideology
-Persaingan kuasa blok kapitalis & blok komunis
-Membuktikan kekuasaan masing-masing
-Menyebarkan pengaruh melalui propaganda, bantuan ekonomi
& ketenteraan
Kesan Perang
Dingin
-Pembentukan blok kapitalis, komunis & blok dunia
ketiga
-Penubuhan NATO oleh USA
-Penubuhan WARSAW oleh Soviet Union
-Perlumbaan senjata
Peranan & Sumbangan
Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa
Matlamat Malaysia
Menjalin Hubungan
-Berbaik-baik dengan semua negara
-Menjamin keselamatan negara
-Memelihara kepentingan nasional
-Menggalakkan pembangunan ekonomi
-Mengekalkan keamanan sejagat
-Menjadi warga global bertanggungjawab
Bentuk Hubungan Luar
-Hubungan bilateral: hubungan secara terus/langsung
-Hubungan multilateral: hubungan berkumpulan (ASEAN,
Komanwel, OIC & NAM)
Dasar Luar
Malaysia
Faktor Sejarah
-Hubungan KMM dengan China & Arab
-Hubungan perdagangan
-Hubungan serumpun dengan Indonesia & Brunei
-Menyertai Komanwel selepas merdeka
-Dasar pro barat & anti komunis
-Pertahanan Malaysia lemah
Faktor Ekonomi
-Mengamalkan pasaran bebas
-Pengeluar utama bijih timah
-Menjalin hubungan ekonomi dengan negara maju
-Mengharapkan pasaran modal dari Britain
-Dasar Pandang Ke Timur (Jepun)
-Hubungan negara sedang membangun & negara Islam
Faktor Politik
-Berpegang kepada prinsip keamanan sejagat
-Pemeliharaan kedaulatan negara lain
-Berpegang kepada prinsip PBB
-Menyokong usaha mengekalkan keamanan dunia
Faktor Geografi
-Kedudukan strategik di Asia Tenggara
-Perairan laluan utama kapal dagang
-Bersempadan dengan Thailand, Singapura & Indonesia
-Keselamatan serantau menjamin keselamatan Malaysia
Faktor Demografi
-Hubungan diplomatik dengan negara Islam
-Tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel
-Bebas mengamalkan budaya hidup masing-masing
-Komited terhadap hak asasi manusia
-Menentang dasar Apartheid di Afrika Selatan
Perkembangan Dasar
Luar Malaysia
Tahap I (Tunku
Abdul Rahman)
Kepentingan Politik
-Pro barat & anti komunis
-Memerlukan bantuan pertahanan
-Berbaik-baik dengan negara jiran
-Konfrontasi dengan Indonesia
-Singapura keluar dari Malaysia
Kepentingan Ekonomi
-Menjaga kepentingan ekonomi
-Pengeluar utama bijih timah
-Mengharapkan permintaan dari negara barat
-Pelabur Britain menguasai perladangan
-Mencari pasaran baru
Tahap II (Tun
Abdul Razak & Tun Hussien Onn)
-Dasar berkecuali & berbaik-baik dengan semua negara
-Pengaruh Britain berkurangan di timur
-Pergolakan di Vietnam
-Mengisytiharkan Zon Aman, Bebas & Berkecuali
(ZOPFAN)
-Menjalin hubungan diplomatik dengan Korea Utara
-Mengatasi masalah pelarian Vietnam
Tahap III (Tun
Mahatdir Mohamed)
-Menumpukan kepentingan ekonomi
-Menjalin hubungan erat dengan ASEAN
-Dasar Pandang ke Timur (Jepin & Korea)
-Semangat cinta negara
-Etika pengurusan kerja yang baik
-Meningkatkan hubungan dua hala dengan negara lain
-Perjanjian perdagangan dua hala
-Hubungan diplomatik & perdagangan dengan negara maju
Malaysia dalam
Pertubuhan Antarabangsa
Komanwel
-Bekas tanah jajahan British
-Beribu pejabat di London
Matlamat
-Membina semangat setia kawan
-Mewujudkan kerjasama pelbagai bidang
Faedah
-Membantu Malaysia menyekat PKM
-Bantuan semasa konfrontasi dengan Indonesia
-Menentang dasar Apartheid di Afrika Selatan
-Cukai eksport yang rendah
-Bantuan teknikal & biasiswa (Rancangan Colombo)
-Penganjur sukan Komanwel 1998
PBB
-Menyertai PBB setelah merdeka 1957
Matlamat
-Menjamin keamanan & keselamatan dunia
-Hubungan berbaik-baik dengan negara anggota
Peranan
-Menyelesaikan konflik antarabangsa
-Melindungi hak asasi manusia
-Menyertai pasukan pendamai perang di Congo
-Menghantar pasukan pegaman ke Bosnia
-Menjadi ahli Bank Dunia
-Anggota Majlis Keselamatan PBB
-Menganjurkan persidangan antarabangsa Palestin
-Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea
Faedah
-Bantuan kewangan pembangunan ekonomi
-Kemasukan pelabur asing
-Bantuan bank dunia menjayakan FELDA
NAM
-Terdiri daripada negara membangun di Asia
-Mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara
Matlamat
-Mengekalkan keamanan dunia
-Tidak menyokong blok barat atau komunis
-Mengelakkan campur tangan asing
-Menghormati kedaulatan sesebuah negara
-Menyelesaikan masalah melalui rundingan
-Menghormati hak asasi manusia
Peranan
-Membela kepentingan negara sedang membangun
-Membela isu Palestin & benua Antartika
-Ahli Kumpulan 16 (kerjasama politik)
-Mendaftarkan anggota baru iaitu Timur Leste
-Mesyuarat tidak rasmi OIC
-Menganjurkan Deklarasi Kuala Lumpur
Negara-Negara
Selatan
-Dikenali sebagai negara dunia ketiga
-Pernah dijajah barat
Matlamat
-Bergantung negara maju memasarkan bahan mentah
-Tidak mempunyai kepakaran & modal
-Mengatasi harga eksport bahan mentah
Peranan
-Meningkatkan kerjasama ekonomi
-Tidak bergantung kepada negara maju
-Kerjasama sains dan teknologi
-Penubuhan kemudahan kredit
OIC
-Beribu pejabat di Jeddah
Matlamat
-Mengeratkan hubungan negara Islam
-Menjaga kepentingan umat Islam
-Mengekalkan perdamaian
-Memastikan tempat suci Islam dihormati
-Memberi bantuan negara bermasalah
-Bantuan perubatan ke Lubnan
-Bantuan kewangan ke Sudan
-Menubuhkan Bank Pembangunan Islam
Peranan
-Perantara menyelesaikan perang Iran-Iraq
-Sokongan kepada Palestin
-Biasiswa untuk belajar di UIAM
Faedah
-Pinjaman Bank Pembangunan Islam
-Bantuan menubuhkan UIAM
-Mengesyorkan penggunaan dinar emas
-Tuan rumah persidangan OIC 2003
Malaysia dalam
Pertubuhan Serantau
Tujuan ASA
-Mengelakkan ancaman komunis
-Kerjasama ekonomi & sosial
-Menyediakan kemudahan latihan & penyelidikan
-Menjamin kestabilan politik
Sebab dibubarkan
-Tiada kerjasama erat
-Pertelingkahan Malaysia dengan Filipina
-Kesangsian perjanjian ketenteraan Malaysia-Britain
-Kesangsian perjanjian ketenteraan Thai-USA
Tujuan MAPHILINDO
-Cantuman negara Malaysia, Indonesia & Filipina
-Meningkatkan hubungan persahabatan
-Menyelesaikan pertelingkahan akibat cadangan pembentukan
Malaysia
-Seokarno menganggap bentuk penjajahan baru
-Filipina menuntut Sabah milik kesultanan Sulu
-Perundingan membentuk MAPHILINDO
-Memohon bantuan PBB menyelesaikan masalah
-PBB meninjau pendapat rakyat
-Majoriti rakyat Sabah & Sarawak menyokong
pembentukan Malaysia
Tujuan ASEAN
-Mengekalkan kestabilan poltik AT
-Membantu membangun politi, ekonomi & sosial
-Meningkatkan taraf hidup penduduk
-Kerjasama latihan & penyelidikan
-Hubungan erat dengan pertubuhan antarabangsa
-Mengisytiharkan ASEAN sebagai ZOPFAN
-Kerjasama projek perindustrian
-Menubuhkan tabung kebudayaan ASEAN
-Menganjurkan Sukan SEA
-Mengadakan tahun melawat ASEAN 1992
Cabaran Masyarakat
Globalisasi
-Perubahan dunia tanpa sempadan
-Kepesatan perkembangan teknologi maklumat
Teknologi maklumat
& telekomunikasi
-Menyediakan prasarana/kemudahan
-Melancarkan MSC, e-pendidikan & e-dagang
-Pemasaran tanpa sempadan
-Penyiaran digital
Koridor Raya
Multimedia
-Meliputi KLCC & KLIA
-Memanfaatkan perkembangan teknologi
-Melahirkan masyarakat bermaklumat
K-Ekonomi
-Ekonomi berasaskan pengetahuan & nilai
-Meningkatkan mutu pengeluaran & perkhidmatan
-Ilmu penggerak utama menjana keuntungan ekonomi
-Pembangunan sumber intelek
-Semangat daya saing yang tinggi
-Tenaga kerja berpengetahuan & inovatif
-Menggalakkan penemuan baru dalam memajukan negara
K-Masyarakat
-Memperkaya diri dengan ilmu pengetahuan
-Pembelajaran sepanjang hayat
-Sekolah wawasan bagi memupuk perpaduan
-Sekolah bestari dilengkapi teknologi maklumat
-Pengubahsuaian kurikulum bagi melahirkan pelajar kritis
& analitis
-Tenaga kerja bermotivasi & berkemahiran tinggi
-Mewujudkan masyarakat maju & saintifik